Monday, 5 December 2016

Task B

TASK B



BIODATA VIVY YUSOF
NAMA PENUH: VIVY SOFINAS BINTI YUSOF
NAMA POPULAR: VIVY YUSOF
JAWATAN: PENGARAH URUSAN FASHIONVALET.COM DAN THE DUCK
                     GROUP
ASAL: KAJANG, SELANGOR
UMUR: 29 TAHUN
WARGANEGARA: MALAYSIA
ADIK BERADIK: ANAK BONGSU DARIPADA DUA BERADIK
HOBI: MENULIS BLOG, MELANCONG
PENDIDIKAN: IJAZAH UNDANG-UNDANG, SCHOOL OF ECONOMIC, UNITED
                         KINGDOM    
JENAMA FESYEN KEGEMARAN: TOPSHOP DAN ZARA
IMPIAN: MEMBUKA SYARIKAT BERASASKAN HARTANAH


                           CIRI- CIRI USAHAWAN BERJAYA VIVY YUSOF

MENGAMBIL RISIKO TERBUKA (OPEN RISK TAKER)
Vivy Yusof adalah seorang usahawan yang berani mengambil risiko dalam perniagaan yang diceburinya. Beliau menyatakan bahawa beliau sukakan pesaing kerana beliau menganggap pesaing dapat memberi cabaran dalam kerjanya. Beliau juga berani mengambil risiko untuk memberikan maklum balas kepada kritikan pelanggan dengan jujur meskipun menyedari ramai tidak suka dengan maklum balas tersebut. Meyakinkan usahawan Asia untuk melabur dalam bisnes beliau bukan sesuatu yang mudah kerana mereka lebih teliti dalam pelaburan dan untuk memberi keyakinan kepada mereka akan potensi e-dagang. Apabila berlaku gangguan dalam talian, beliau terpaksa bergantung harap kepada syarikat pihak ketiga untuk menyelesaikan masalah tersebut.

TAAT  (OBSERVANT)
Seorang usahawan juga perlu mempunyai ilmu dan taat terhadap agama. Vivy Yusof mengatakan bahawa setiap negara mempunyai cara yang berbeza dalam membeli belah dan kita tidak boleh meniru kejayaan dari negara yang berbeza dan fikir kita mampu untuk melakukan dengan lebih baik dengan cara lain. Bahkan pemakaian mereka juga berbeza menyebabkan beliau cuba untuk menjual pakaian khusus untuk wanita muslimah.
Pemerhatian  dilakukan dengan meminta pendapat orang sekeliling apa yang mereka tidak suka tentang FashionValet kerana itu juga salah satu cara untuk memperkukuhkan model beliau. Beliau sentiasa mempamerkan ciri-ciri muslimah dalam pemakaiannya dan beliau juga tidak lupa dengan ajaran agama yang menuntut kaum wanita untuk menutup aurat.
Beliau juga sentiasa bekerjasama dengan pereka fesyen untuk berbincang dengan mereka dan berkongsi idea untuk koleksi dan memberikan tumpuan terhadap citarasa generasi muda sesuai dengan peredaran masa dan sentiasa memastikan busana yang dihasilkan adalah tidak bertentangan dengan hokum syarak.  

BERWAWASAN (VISIONARY)
Vivy Yusof adalah seorang yang berwawasan dan sentiasa berfikiran jauh untuk mengembangkan perniagaannya. Beliau juga belajar sukakan kritikan kerana itu boleh membantu meningkatkan kemajuan bisnes. Bagi Vivy. Ianya adalah satu keperluan selalu ingin menang dan menjadi nombor satu. Dengan pegangan ini, perniagaan beliau berjalan lancar dan motivasi untuk Berjaya adalah diri sendiri.
Potensi e- dagang dilihat sangat besar untuk berkembang dan lebih maju dan beliau mengatakan pelabur bijak untuk melihat potensi FashionValet untuk terus berkembang. Menyedari kepentingan teknologi, kami telah mengupah kumpulan kejuruteraan yang besar di dalam syarikat supaya di dalam syarikat supaya berterusan meningkatkan pengalaman membeli- belah di atas talian.

PROAKTIF (PROACTIVE)

Pada mulanya Vivy Yusof ingin menjadi ahli perniagaan dan berimpian untuk membuka syarikat berasaskan hartanah namun, akibat obses terhadapdunia fesyen dan terdedah pengalaman membeli belah selama lima tahun sepanjang meuntut ilmu di London beliau berhasrat untuk membuka perniagaan fesyen yang diberi nama FashionValet.net iaitu sebuah web yang menjual hasil kerja pereka tempatan melalui talian. Beliau berasa teruja melihat penduduk di London yang begitu menghargai kerja pereka tempatan dan perkembangan fesyen disana menjadikan itu sebagai motivasi untuk membuka sebuah perniagaan fesyen melalui web.
Beliau gemar dan sanggup mengikat perut hanya untuk membeli-belah menerusi dalam talian mengambil cabaran dengan membuka perniagaan selepas taman pengajiannya melaui web di Malaysia kerana waktu ketika itu beliau menyedari perkembangan teknologi di Malaysia semakin pesat.
Ditambah pula kesibukan setiap hari tugasan di pejabat membantu menguruskan perniagaan bapanya menyebabkan beliau tiada masa ke pusat membeli-belah dan disebabkan kesesakan trafik di Kuala Lumpur, beliau mengambil langkah proaktif dengan memlikirkan betapa beliau perlu membuat sesuatu untuk memudahkan pembelian barangan dengan cara lebih cepat dan menyenangkan dengan sahabat baiknya, Fadzarudin Anuar.

BUDAYA TERBUKA (OPEN CULTURE)
Budaya terbuka merujuk kepada konsep di mana pengetahuan harus disebarkan secara bebas. Penyebaran pengetahuan ini adalah tidak terikat dengan mana-mana perlindungan undang-undang harta intelek semasa seperti pembangunan, penukaran yang telah sedia ada di atas perkongsian dan kerjasama. Setiap usahawan yang berjaya juga perlulah mengamalkan konsep budaya terbuka. Usahawan yang mempunyai ciri ini ialah Vivy Yusof. Vivy Yusof merupakan seorang usahawan, selebriti dan ikon sosial untuk beribu-ribu wanita muda di Malaysia. Beliau merupakan pengasas laman web e-dagang FashionValet.com.
FashionValet adalah salah satu daripada laman web e-dagang yang menjalankan perniagaan fesyen dalam talian terkemuka di Malaysia. FashionValet bermula dengan hanya RM100,000 dan telah berjaya dilancarkan pada bulan November 2010 dengan hanya 10 jenama tempatan. Sehingga kini platform ini mempunyai lebih daripada 300 jenama dari seluruh Asia Tenggara. Beberapa tahun yang lalu, Vivy mempunyai blog yang diberi nama Proudduck semasa beliau belajar di London School of Economics dalam bidang undang-undang ketika berumur 25 tahun. Beliau gemar menulis untuk berkongsi pandangan dan pengalamannya belajar di luar negara. Tidak lama selepas itu beliau mempunyai ramai pengikut dan pembaca yang setia mengikuti perkembangan blognya terutamanya golongan wanita muda yang menyukai hasil tulisan, gaya dan penampilannya.
Bagi membezakan laman web mereka daripada orang lain, Vivy merancang untuk menetapkan hanya jenama tempatan. Vivy pernah menyatakan rasa terharunya terhadap sokongan yang diterima daripada peminat beliau, dan berkata bahawa beliau tidak pernah membayangkan bahawa blog kecil itu boleh berkembang ke dalam perniagaan sehingga hari ini. Hari ini, berkat usaha Vivy, Fadzarudin dan rakannya Asma Nasarudin kini menyebabkan FashionValet mempunyai lebih daripada 30 pekerja dan saham lebih daripada 300 jenama dari seluruh Asia Tenggara. Tidak hairan juga apabila Vivy Yusof terpilih sebagai calon Bella Business Award melalui saluran NTV7 dan antara 60 Wanita Inspirasi Nona TV3. Kesimpulannya Vivy Sofinas Yusof menunjukkan bahawa kepentingan budaya terbuka untuk usahawan. Ia perlu dijadikan sebagai pengajaran terutamanya kepada anak muda yang berminat dalam menjalankan perniagaan dalam talian pada masa hadapan. 


Task A

1.0         PENGENALAN

Usahawan boleh ditakrifkan sebagai individu yang mengendalikan sesebuah perniagaan dan mengambil risiko perniagaan yang diceburinya. Di dalam bahasa Inggeris, usahawan diterjemahkan sebagai “Entrepreneur”. Perkataan ini diterjemahkan dari perkataan Perancis “Entreprend” yang bermaksud “To Undertake”. Manakala di dalam bahasa Melayu, usahawan membawa maksud individu yang mengusahakan sesuatu perniagaan.
Menurut Richard Cantillon (1680-Mei 1734) seorang berbangsa Irish mendefinisikan usahawan sebagai individu yang membeli faktor-faktor pengeluaran pada harga tertentu dan membuat ciptaan baru, menjualnya pada masa hadapan dengan harga yang tidak pasti. Akibat daripada ketidakpastian ini, usahawan akan menanggung risiko, sama ada ia menanggung kerugian atau mendapat keuntungan.
Manakala menurut David McClelland (1961) menyatakan bahawa usahawan sebagai berdaya inovatif dan kehendak pencapaian tinggi (high need for achievement). Usahawan berjaya cenderung kea rah mengambil risiko yang telah direncanakan dan mempunyai kawalan dalaman yang tinggi.
           Dapat dirumuskan di sini usahawalan perlulah bersikap proaktif, inovatif, cenderung untuk mengambil risiko dalam peluang pekerjaan. Usahawan juga perlu bersedia menghadapi risiko, berkeyakinan pada diri sendiri dan mampu mencari dan merebut peluang-peluang perniagaan.










2.0     TASK A : CIRI- CIRI USAHAWAN BERJAYA
          2.1 RANGKAIAN (NETWORKED)



            
             DATIN MINA (PENGASAS THE BODY SHOP)
Bagi seseorang usahawan yang berjaya dalam perniagaannya, mereka mestilah mempunyai strategi dan ilmu pengetahuan dalam menggunakan rangkaian untuk mengembangkan perniagaan mereka. Oleh itu, usahawan perlu mempunyai rangkaian dalaman dan luaran bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan berkesan untuk perniagaan yang diusahakannya. Menurut Jack Ma, (2015) usahawan yang memperoleh maklumat daripada rangkaian dalaman mahupun luaran akan dapat menghasilkan pelbagai idea yang kreatif dan mampu untuk memasarkan produk dengan cara yang baru serta menghasilkan produk yang lebih baik.
            Biodata Datin Mina ialah beliau berasal dari Ipoh, Perak. Pada usia 17 tahun beliau dihantar oleh ayahnya ke United Kingdom untuk belajar di sebuah sekolah di Belfast, Ireland. Datin Mina telah menyambungkan pelajaran dalam jurusan System Engineering di University of Leeds, London. Datin Mina bercita-cita menyertai NASA selepas beliau tamat belajar. Ketika beliau masih tinggal di England, setiap hujung minggu Datin Mina akan pergi ke Convent Garden di London. Di situ terdapat sebuah kedai The Body Shop. Datin Mina sering mengunjungi kedai itu bagi membeli barangan sendiri dan untuk kawan-kawannya. Beliau bukan saja meminati pelbagai produk yang ada di sana malah beliau juga sangat menyukai dan berminat segala aktiviti kempen yang dianjurkan The Body Shop. Apabila pulang ke Malaysia, Datin Mina masih terus memesan barangan keluaran The Body Shop daripada rakan-rakannya yang berkunjung ke London. Kerana minatnya yang mendalam, beliau merancang dan berusaha membawa produk tersebut ke Malaysia.
           Datin Mina akhirnya berjaya mendapat hak francais untuk mengedar dan menjual barangan The Body Shop melalui syarikatnya, Rampai Niaga Sdn. Bhd. Kedai pertama yang dibuka oleh beliau adalah pada 8 Disember 1984 di Yow Chuan Plaza, Kuala Lumpur.Pada masa itu, Datin Mina belum mempunyai pengalaman menjalankan perniagaannya. Perniagaan The Body Shop diusahakan bersama rakan kongsinya, Mariam Tun Sulaiman yang merupakan isteri kepada rakan suaminya. Puan Mariam pada waktu itu adalah usahawan Amway yang berjaya. Di kedai mereka, Datin Mina menjalankan tugasnya dalam menguruskan aktiviti dagangan manakala Puan Mariam menguruskan hal ehwal perhubungan awam. Perniagaan mereka berkembang dengan pesatnya. Selepas telah lama menjadi rakan kongsi iaitu selama 10 tahun, Puan Mariam telah menjual semua saham miliknya dalam Rampai Niaga. Datuk Simon, suami Datin Mina mengambil alih saham-saham Puan Mariam itu, manakala Puan Mariam menguruskan hal ehwal perhubungan awam. Perniagaan mereka berkembang dengan pesat dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada sokongan pelanggan dan pengunjung ke kedai mereka. Hal ini dapat menjelaskan lagi bahawa Datin Mina merupakan usahawan yang bijak mencari rangkaian demi memperluaskan dan menjayakan perniagaannya sendiri. Beliau sedar bahawa rakannya Puan Mariam merupakan seorang usahawan yang telah mempunyai pengalaman sedia ada dalam bidang tersebut dan pastinya Puan Mariam ini telah mempunyai ramai kenalan dalam bidang perniagaan. Oleh yang demikian, jika Datin Mina mempunyai hubungan kerjasama dengan Puan Mariam pasti perniagaan mereka yang telah diceburi akan menjadi tumpuan dan akan terkenal di mata dunia.
           The Body Shop yang terus meningkat tahun demi tahun adalah perkara yang di luar jangkaan Datin Mina dan suaminya. Selepas 18 tahun berlalu, mereka berasa perniagaan itu terlalu besar dan tidak tahu ke mana hala tuju hendak dibawa perniagaan itu seterusnya. AKhirnya Datin Mina dan suami mengambil keputusan supaya menjual saham-saham mereka dengan nilai RM78 juta. Syarikat yang mengambil alih The Body Shop adalah Kejora Harta Berhad. Walaupun sudah menjual saham-sahamnya, Datin Mina masih meneruskan kontrak dalam mengurus kedai-kedai The Body Shop yang beliau kendalikan.Waktu itu baru beliau terfikir supaya mengembangkan perniagaan The Body Shop ke rantau Asia Tenggara. Namun syarikat itu bukan miliknya lagi. Kini beliau dan suami berusaha membeli semula saham-saham syarikat itu di pasaran Bursa. Selepas lebih 20 tahun terlibat dalam industri peruncitan, Datin Mina telah menyedari sebahagian besar daripada para pelanggan tiada banyak masa untuk pergi membeli belah. Maka beliau telah memperkenalkan konsep baru iaitu The Body Shop at Home, produk-produk dijual melalui sistem parti seperti dilakukan syarikat Tupperware.
           Lain-lain strategi baru yang dilakukan oleh Datin Mina adalah jualan secara on-line dan melalui katalog seperti dilakukan pihak Avon. Dengan gabungan L’Oreal dan The Body Shop di United Kingdom, jenama The Body Shop dijangka menjadi lebih terkenal,stabil dan kukuh. Di samping menguruskan The Body Shop, Datin Mina turut membuka tiga buah kedai kasut berjenama Vincci di Sydney, Australia. Tujuan asal beliau untuk membuka perniagaan itu adalah supaya beliau dapat selalu berada di samping anak lelakinya yang dijangka akan melanjutkan pelajaran di sana. Namun anak beliau menyambung pelajaran di Melbourne bukan di Sydney. Perniagaan kedai kasut Vincci yang telah datin buka itu juga mendapat sambutan baik daripada pihak pelanggan.
           Di samping bergiat dalam perniagaan, Datin Mina juga banyak menceburkan diri dalam aktiviti dan kempen amal. Sebagai Presiden Malaysian Business Coalition on AIDS Society (MBCA) beliau telah mengumpul dana bagi membantu mangsa-mangsa AIDS, di samping meningkatkan kesedaran mayarakat tentang penyakit itu. Menerusi The Body Shop, beliau turut berkempen dalam menangani isu keganasan wanita, khasnya terhadap kanak-kanak dan isu penderaan yang semakin meningkat saban hari. Kempen-kempen itu membuktikan bahawa The Body Shop amat menghargai pelanggannya yang 90 peratus terdiri daripada golongan wanita.
           Kesimpulannya, Datin Mina merupakan contoh usahawan berjaya yang mempunyai ciri rangkaian dalam memperkembangkan produk perniagaannya dengan pelbagai cara. Beliau sangat berfikiran .jauh dengan menggunakan segala rangakaian bagi memperluaskan perniagaannya.


           2.2 MENGAMBIL RISIKO TERBUKA (OPEN RISK TAKER)






TAN SRI DR. JEFFREY CHEAH ( CEO KUMPULAN SUNWAY)
 Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), risiko bermaksud ,“kemungkinan mendapat bahaya atau kerugian seorang sahaja yang menanggung perniagaan”. Selain itu, terdapat beberapa jenis risiko seperti risiko yang mendatangkan kecederaan fizikal, risiko kerugian kewangan, dan risiko kehilangan sesuatu yang berharga seperti kesihatan, status sosial serta emosi. Di sini dapat digambarkan bahawa keberanian untuk mengambil risiko perlu ada di dalam diri seseorang usahawan kerana jika usahawan tidak mempunyai sikap ini, risiko tidak dapat ditangani dalam perniagaan yang dikendalikan.
Tan Sri Dr.Jeffrey Cheah telah dilahirkan di Pusing, Perak. Beliau mempunyai 6 orang adik beradik. Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah adalah contoh usahawan yang berani dalam menghadapi risiko. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sunway. Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah dibesarkan di Pusing, Perak. Beliau mendapat pendidikan di Footscray Institute of Technology, Australia. Selepas menghabiskan pengajian beliau bekerja sebagai akauntan di kilang pemasangan motor.

            Pada tahun 1985, Malaysia telah dilanda kegawatan ekonomi dan turut menyebabkan Sunway Holding Berhad mencatatkan kerugian yang tinggi. Ia turut hampir lenyap segala dana pemegang sahamnya pada tahun 1987. Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah berani mengambil langkah mengurangkan risiko iaitu dengan mempelbagaikan jenis perniagaan. Antaranya ialah sektor pembangunan hartanah pembuatan, pelaburan hartanah, hiburan dan perhotelan. Beliau juga telah berjaya mewujudkan Sunway Construction Berhad sebagai Sunway City Berhad dan Sunway Building Technology Berhad. Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah sangat bercita - cita untuk membangunkan sebuah bandar yang dikenali sebagai Bandar Sunway. Namun ramai yang kurang percaya terhadap kemampuannya. Dengan semangat dan azam yang tinggi dalam diri beliau, maka beliau telah berjaya membangunkan Bandar Sunway di tapak bekas lombong dengan pelbagai kemudahan seperti perhotelan, kompleks membeli-belah  dan kawasan perumahan. Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah adalah merupakan salah satu contoh usahawan berjaya dan sikap beliau yang suka belajar daripada kegagalan membawa kepada kejayaan beliau dalam bidang yang diceburinya. Oleh itu, seseorang usahawan yang ingin berjaya hendaklah sentiasa berani untuk berhadapan dengan risiko. Pada tahun 1974, Tam Sri Dr. Jeffrey Cheah telah mengusahakan perniagaan perlombongan bijih timah melalui syarikat Sungei Way dengan modalnya yang besar iaitu RM 100,000. Pada tahun 1977, telah berlakunya kemelesetan ekonomi yang telah melanda oleh Tan Sri Dr Jeffrey namun syarikatnya masih lagi dapat bertahan. Kegawatan ekonomi negara yang berlaku pada tahun 1985 telah memperlihatkan Sunway Holding Berhad mencatatkan kerugian yang tinggi dan hampir melenyapkan dana pemegang sahamnya.
            Walau bagaimanapun, Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah mula mengambil Langkah menyebarkan risiko dengan mempelbagaikan jenis perniagaan yang melibatkan pelbagai sektor seperti sektor pelaburan hartanah, pembangunan hartanah, pembuatan, perhotelan dan perniagaan berkaitan hiburan. Beliau telah berjaya membangunkan Sunway Construction Berhad, Sunway City Berhad dan Sunway Building Technology Berhad.Walaupun kemelesetan ekonomi telah berlaku pada tahun 1977,1985, 1997 namun beliau masih lagi taat untuk terus mempertahankan perniagaannya. Beliau juga telah mengurangkan gajinya walaupun terpaksa mengubah cara hidupnya supaya tidak mengamalkan sikap yang membazir dan terlampau bermewah-mewahan.Beliau juga dilihat sebagai seorang yang gemar untuk mengambil risiko dalam membuat sesuatu pekerjaan dan taat untuk membayar semul pinjaman kepada pihak bank pada masa yang telah ditetapkan .
            Kesimpulannya, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah merupakan usahawan yang mempunyai ciri yang sanggup mengambil apa jua risiko dalam membangunkan perniagaannya. Justeru, ia patut dicontohi oleh usahawan sekarang dalam memajukan perniagaan dalam apa jua bidang.



            2.3 TAAT (OBSERVANT)









                                                   SAFIEY ILIAS        
Taat bermaksud patuh atau dengan erti kata lain tidak membantah sebarang arahan atau peraturan. Sikap taat di dalam diri seorang usahawan perlu ada agar mereka tidak melanggar etika atau peraturan perniagaan seperti menggunakan sistem riba, membocorkan maklumat syarikat kepada pihak luar atau musuh. Seterusnya, usahawan tersebut juga perlulah sangat jujur dengan pelanggan ataupun pembekal. Misalnya, mereka memberitahu mengenai kelebihan dan kelemahan produk yang dijual tanpa menyembunyikan apa-apa.

Contoh usahawan yang taat ialah seorang pemuda yang baru berusia 24 tahun iaitu Safiey Ilias.Beliau merupakan seorang usahawan kosmetik lelaki yang Berjaya.Safiey Ilias berasal dari Felda Lakum,Lanchang,Pahang.Dilahirkan pada 19 Mei 1994.Beliau memulakan pelajaran di SK Lakum dan mendapat 5A dalam Ujian Penialaian Sekolah Rendah (UPSR).Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sains Sultan Hj. Ahmad Shah (SEMSAS),dan kemudian berpindah ke SMK Datuk Bahaman.Beliau telah memperoleh 8A bagi peperiksaan PMR beliau.
Beliau mula melibatkan diri dalam bidang perniagaan ketika tinggal di asrama.Beliau memulakan perniagaan tanpa modal dengan menjadi dropship produk kecantikan seperti pil suntikan pemutihan dan jugak pil jerawat.Beliau agak terkejut pada mulanya kerana tidak menyangka akan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.Menurut beliau,hal ini mungkin disebabkan pada zaman itu kurang persaingan produk kecantikan seperti masa kini. Beliau hanya menggunakan facebook sebagai medium berniaga.Setiap hujung minggu,Safiey akan keluar outing atau meminjam laptop gurunya untuk menjalankan proses mempromosi dan mengambil tempahan.Setelah selesai mengambil tempahan,Safiey akan menghantar butiran seperti nama,alamat,dan jenis produk yng dipesan pelanggan kepada supplier. Melihatkan peluang perniagaan yang berkembang dan jumlah pelanggan bertambah,Safiey tekad untuk memegang dan mengepos stok barang sendiri.
Usahanya menampakkan hasil apabila beliau berusia 17 tahun,beliau telah memiliki wang simpanan sebanyak RM200,000 hasil berniaga di secara online di asrama.Dan pada usia 19 tahun,Safiey telah mendapat hasil untung bersih dari perniagaan nya kira-kira 1 juta.Empat tahun berlalu,akhirnya kini Safiey Ilias mampu tersenyum lebar apabila kini dia merupakan seorang jutawan muda pada usia 22 tahun.Beliau juga telah mempunyai produk sendiri,bangunan pejabat sendiri dan mempunyai stokis dan agen-agen yang sentiasa memberikan sokongan kepada beliau.Dan pada usia yang sangat muda,Safiey memiliki beberapa buah rumah,dan beberapa koleksi kenderaan mewah seperti Camry.Hilux,Mini Cooper,Audi dan Hummer H2.Dan apa yang lebih menarik,Safiey membeli semua kenderaannya secara tunai.
Namun dalam kerancakan beliau berniaga,beliau tidak lupa tanggungjawabnya kepada masyarakat yang memerlukan.Hamoir setiap bulan,Safiey Ilias akan menghantar barang-barang keperluan seperti beras,gula,roti,tepung dan wang kepada beberapa buah rumah anak yatim yang terpilih.Safiey juga tidak melupakan tanggungjawabnya kepada kedua orang tuanya.Safiey telah menghadiahkan sebuah rumah mewah dan sebuah kenderaan baru buat kedua ibu bapanya sebagai tanda terima kasih kerana telah membesarkannya.Beliau juga merancang untuk membawa 24 orang termasuk ahli keluarganya untuk menunaikan ibadah umrah dalam masa yang terdekat.Beliau juga telah menyumbangkan idea dalam penulisan buku berunsurkan keagamaan yang bertajuk Dealova.Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja ini.Ini menunjukkan beliau sangat taat kepada kedua ibu bapanya.Setelah beliau Berjaya,Safiey Ilias sentiasa merendah diri dan beliau tidak pernah lupa untuk bersyukur atas nikmat yang Allah berikan kepada beliau.Ini juga menunjukkan ketaatan beliau kepada sang pencipta dan pemberi nikmat.




            2.4 BERWAWASAN (VISIONARY)









  DATUK DR ROZMEY CHE DIN (PENGASAS JUS MATE 5)

Wawasan bermaksud mempunyai pandangan yang jauh terhadap sesuatu perkara seperti kemajuan atau perkembangan pada masa depan (Kamus Dewan Edisi Keempat). Sebagai contoh,Datuk Dr Rozmey Che Din.Sebelum menjadi usahawan,beliau adalah seorang pakar sakit puan dan perbidanan di Malaysia.Beliau mempunyai ijazah perubatan dari USM pada tahun 1993,diikuti sarjana perubatan pada 1999 juga dari USM.Datuk Dr Che Rozmey memulakan syarikat beliau sendiri Herba Prima Marketing di Bandar Darulaman Jaya,Jitra,Kedah Darul Aman.Beliau dilihat sebagai seorang yang mempunyai wawasan yang tinggi untuk syarikat yang beliau tubuhkan dengan menjual pelbagai produk pengurusan badan.Beliau ialah pereka produk ‘Jus Mate 5’ yang pernah menjadi fenomena di Malaysia pada suatu masa dahulu.Syarikat beliau menggajikan 300 staf dan 4 wartawan bertugas untuk promosi jenama.Beliau juga telah melancarkan program reality ‘Akademi Langsing Jus Mate 5 Jutawan Dr. Rozmey.

            Bertapak sebagai sebuah syarikat pengeluar produk makanan kesihatan, Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) yang diasaskan oleh Datuk Dr Che Rozmey Che Din bersama arwah isterinya, Noor Halawiyah Abdullah Shukri di Bandar Darul Aman Jaya, Jitra, Kedah telah mencipta satu fenomena baru kepada pengguna di negara ini.Beroperasi pada awal 2006, Datuk Dr Che Rozmey yang juga seorang pakar perbidanan dan sakit puan menggunakan kemahiran sebagai seorang doktor pakar untuk menformulasi produk kesihatan sendiri iaitu Jus Mate 5.Bermula dengan sebuah pejabat yang dikongsi bersama Jitra Medical Centre (JMC) yang ketika itu menjadi pemangkin kepada pendapatan utamanya, HPM mengorak langkah dengan begitu pantas apabila berjaya membina empayar perniagaan dalam tempoh dua tahun sahaja.
Kejayaan demi kejayaan tercipta apabila produk HPM terutama Jus Mate 5 mula memberi ganjaran kepada pengguna. Konsep guna baru jual yang dipratikkan oleh Dr Rozmey membuahkan hasil apabila ribuan testimoni pengguna tampil untuk memberi pengakuan.Tsunami baru melanda perniagaan HPM apabila medium media cetak yang digunakan oleh Dr Rozmey untuk mencanangkan kejayaan testimoni mendapat maklum balas di luar jangkaan sehingga memaksanya untuk meningkatkan perkhidmatannya termasuk memperkenalkan system belian online.

Perjenamaan baru dR Rozmey selaras dengan perkembangan HPM membawa kepada perkembangan cabang perniagaan baru seperti dR Rozmey Skin Care, dR Rozmey Beauty Slimming Fitness Centre (RBSFC), dR Rozmey Body Shop, dR Rozmey Fashion, dR Rozmey Sport Wear dan dR Movie Production. Dengan sikap yang berwawasan tinggi inilah yang memacu Datuk Dr. Che Rozmey untuk terus Berjaya terutamanya dalam pengeluaran produk makanan kesihatan.Tidak semua usahawan mempunyai kemampuan untuk melihat ke hadapan seperti beliau.Sikap positif ini senjata utama di dalam usaha beliau untuk terus bergerak maju di dalam industri ini.



2.5  KEGAGALAN ADALAH SATU PILIHAN (FAILURE IS AN        OPTION)
           

DATO’ ALIFF  SYUKRI BIN KAMARZAMAN (PENGASAS D’ HERBS     HOLDINGS)
Kegagalan adalah satu pilihan membawa definisi jika seorang ingin berjaya pada masa hadapan dia hendaklah bijak dalam membuat pilihan. Walaubagaimanapun, seseorang yang berjaya dia akan menghadapi beberapa kali cabaran dan kegagalan dalam usahanya baru akan berhasil seterusnya. Jadi, sebagai seorang usahawan haruslah berusaha bersungguh-sungguh dan sangup menghadapi kegagalan supaya dia akan lebih kemahiran dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Dato` Aliff Syukri bin Kamarzaman merupakan pengasas kepada D`Herbs Holdings(M) yang dahulunya dikenali sebagai D`Herbs Healthy Marketing yang ditubuhkan pada September 2010. Beliau merupakan usahawan berjaya yang menjadi jutawan pada usia muda. Beliau menghasilkan produk kecantikan yang boleh digunakan oleh golongan kanak-kanak, muda dan juga golongan veteran.  Beliau memasuki bidang perniagaan yang kebanyakannya dipelopori oleh kaum wanita. Beliau mengambil langkah berani untuk mengeluarkan produk kecantikan wanita dan mendalami dengan lebih teliti permasalahan yang dihadapi kaum wanita.
Beliau mengakui bahawa dalam penghasilan produk ini terdapat banyak masalah terutamanya dari segi modal. Namun, kekurangan modal tidak mematahkan semangatnya untuk terus menjalankan perniagaan ini. Bahkan usahawan muda ini menjadi ejen pemasarannya sendiri dan tidak malu untuk memasarkan produknya ke serata tempat.
           Menggunakan tagline “Terlajak Laris”, produknya kini semakin mendapat sambutan di kalangan pengguna. Beliau tidak takut akan kegagalan dan berani mengambil risiko dengan menghasilkan produk yang berkualiti tetapi dijual dengan harga yang jauh lebih murah berbanding produk lain kerana ingin produknya bukan sahaja mampu dimiliki oleh golongan atasan tetapi juga setiap lapisan masyarakat.
Beliau juga tidak malu untuk memasarkan produknya di pasar malam. Walaupun menyedari banyak saingan daripada produk lain, namun jutawan muda ini tidak patah semangat untuk terus mengeluarkan produknya sendiri dan kini beliau telah berjaya mengeluarkan hampir 90 rangkaian produk dan menjadikan produknya antara yang mendapat tempat di pasaran antarabangsa seperti Brunei dan Singapura.







 2.6  BUDAYA TERBUKA (OPEN CULTURE)
           



             VIVY YUSOF (PEMILIK FASHIONVALET.COM)
Budaya terbuka dapat ditakrifkan sebagai membuka minda diri seseorang dan budaya diri seseorang itu( Ahmad Faizal Bin Mohamed Yusup, 2009). Bermula dengan minatnya yang mendalam terhadap dunia fesyen, Vivy Yusof berjaya menempa nama sebagai usahawan muda yang berjaya meraih gelaran jutawan pada usia 29 tahun dengan menubuhkan FashionValet.com iaitu perniagaan secara e-dagang.
 Budaya terbuka yang dimiliki oleh usahawan ini dapat dilihat apabila menjalankan perniagaan secara atas talian dengan hanya memasarkan 10 jenama pakaian pereka tempatan. Beliau menjalankan perniagaan ini dengan mengambil pengalamannya membeli- belah sepanjang pengajiannya di UK sebagai platform untuk beliau lebih memahami fesyen terutamanya bagi wanita yang berhijab.
 Beliau menganggap FashionValet adalah destinasi dalam talian utama Asia Tenggara bagi jenama fesyen Asia yang menjual pakaian, kasut dan aksesori yang bertujuan membawa aliran fesyen terkini ke pintu pelanggan. Memahami dan menilai persekitaran sosial masyarakat, FashionValet menawarkan pilihan meluas pakaian sedia ada dipakai, daripada pakaian muslimah hingga pakaian dalam wanita dan pakaian mandi dan menawarkan penghantaran pantas, serta menawarkan pengalaman pengguna terbaik dalam kelasnya



          2.7  BERORIENTASIKAN HASIL (OUTCOME ORIENTED)
              

         

   TAN SRI NASIMUDDIN S.M AMIN (PENGASAS NAZA)
Berorentasikan hasil bermaksud minda tindakan yang berfokus kepada hasil dan impak (Saat Sulaiman, 2008). Seseorang usahawan akan membuka perniagaan untuk mendapatkan keuntungan yang lumayan. Malahan, seseorang usahawan itu akan berusaha untuk mendapatkan hasil yang berterusan dengan cara memajukan lagi perniagaan mereka. Oleh itu, usahawan akan memasarkan perniagaan mereka ke luar negara. Di samping itu, usahawan akan berusaha menghasilkan barang baru.
 Dalam pernigaan, seseorang usahawan berorentasikan hasil analisi produktiviti pekerja berdasarkan bilangan tugas yang beliau siapkan dalam tempoh yang ditetapkan dan kualiti produk atau perkhidmatan yang diberikan olehnya. Pekerja adalah bebas untuk menggunakan proses peribadi dalam usaha untuk mencapai sasaran yang ditetapkan di organisasi. Matlamat utama individu yang berorentasikan hasil atau organisasi adalah untuk memenuhi objektif dan menyedari pertumbuhan positif. Usahawan yang berjaya sentiasa melihat ke hadapan. Mereka melihat untuk apa peluang yang mungkin hadir dalam diri mereka pada masa hadapan dan bagaimana untuk menganbil kesempatan dari peluang-peluang.

Selain itu, usahawan tersebut sentiasa mencari jalan melakukan sesuatu dengan kos yang lebih rendah atau dengan masa yang singkat daripada kebiasaannya. Serta sentiasa mengambil berat tentang perkiraan kos dan keuntungan dari sesuatu pembaharuan, pembaharuan atau sesuatu tindakan dan menggunakan maklumat-maklumat perniagaan atau kaedah pengurusan untuk meningkatkan kecekapan dari dan perniagaan.
Sebagai contoh, seorang usahawan yang berjaya iaitu Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin yang merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Naza yang ditubuhkan pada 1979. Beliau terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan seperti perniagaan permotoran, hotel, perladangan, kejuruteraan, perkhidmatan pengangkutan, alat-alat mesin mesin, pembuatan dan sebagainya. Nasimuddin yang lahir pada tahun 1955 ini sentiasa berminat terhadap kereta dan industri automotif. Beliau belajar di Sekolah Menengah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Sikap usaha melihat dan merebut hasil yang telah Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin lakukan dalam perniagaan kereta beliau dalam sebuah kedai di Taman Maluri, dan menjual 10 hingga 15 unit kereta. Pada tahun 1979 beliau membuka cawangan di Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk menggiatkan perniagaan peruncitan beliau dan menjual 40 hingga 60 buah kereta sebulan. Nasimuddin bermula dengan hanya 5 orang kakitangan dan kini jumlah mereka meningkat kepada kira-kira 4.000 orang. Beliau memperoleh jutaan pertamanya setahun kemudian dengan memohon permit import kerajaan untuk kereta dari Jepun. Melalui mengalaman ini, beliau berkemampuan di dalam memperluaskan pasaran. Kompentensi ini memberikan faktor penting dalam kejayaan dan daya tahan sesuatu perniagaan dan melanjutkan hayat perniagaan yang berpanjangan.






 2.8   BERORIENTASIKAN PASUKAN (TEAM ORIENTED)
            


                            TAN SRI TONY FERNANDES (PEMILIK AIR ASIA)
Berorentasikan pasukan ditakrif sebagai pekerja atau individu yang bekerja dalam satu kumpulan dan sering bekerjasama dan melaksanakan tugas dengan berganding bahu bagi mencapai matlamat tertentu (Hairil Hazlan, 2010). Tan Sri Tony Fernandes menggunakan ciri-ciri tersebut bagi mengembangkan dan memantapkan lagi organisasi Syarikat AirAsia. Ciri-ciri ini juga mampu untuk menyerlahkan potensi dan bakat serta dapat meningkatkan prestasi organisasi sekiranya melakukan tugasan yang melibatkan kemahiran, pengalaman dan penilaian.
            Tan Sri Tony Fernandes dilahirkan pada 30 April 1964. Beliau merupakan usahawan Malaysia dan juga pengasas Tune Air Sdn. Bhd yang merupakan sebuah syarikat penerbangan yang memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan slogannya ‘semua orang boleh terbang’. Beliau mula dikenali apabila beliau memulihkan AirAsia daripada syarikat penerbangan yang mundur kepada sebuah syarikat awam yang cemerlang. Tony Fernandes juga memainkan peranan penting dalam melobi Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tun Dr. Mahathir Mohammad.


            Tan Sri Tony Fernandes menggelarkan pekerja-pekerjanya Allstar kerana bagi AirAsia faktor utama yang menyumbang kepada kemajuan dan kerjasama AirAsia adalah peranan yang dimainkan oleh pekerja-pekerjanya. Hal ini demikian kerana, Syarikat AirAsia dahulu merupakan syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom, sebuah konglemerat kerajaan Malaysia, telah mengalami kesulitan disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi. Namun selepas 9 tahun syarikat tersebut dijalankan telah menyebabkan AirAsia sekarang mempunyai asset yang sangat bernilai RM 4 bilion dan mencatatkan keuntungan sebanyak RM 549 juta. Hal ini kerana, kerajaan tersebut dilakukan secara berorentasikan pasukan bagi memajukan syarikat AirAsia.
            Bagi melahirkan pekerja yang berorentasikan pasukan yang berkesan, AirAsia bukan sahaja memberi latihan yang sewajarnya kepada para pekerjanya malah AirAsia mengambil inisiatif menubuhkan Unit Budaya Korperat yang bertanggungjawab dalam menerapkan nilai dan amalan syarikat kepada semua pekerja. Malahan, selepas peristiwa 11 September, ramai pekerja yang berpengalaman dari syarikat penerbangan yang lain telah dipecat bagi mengurangkan kos untuk meningkatkan keuntungan. Hal ini menyebabkan Tan Sri Tony Fernandes telah mengambil kesempatan dengan melanyik mereka yang berpengalaman sebagai pekerja AirAsia sekali gus dapat menjimat kos AirAsia hanya selepas setahun.







           


 2.9  PROAKTIF (PROAKTIF)
      

       TAN SRI DATO’ LOH BOON SIEW (PENGASAS HONDA)
Proaktif bermaksud lebih dari sekadar mengambil inisiatif. Usahawan akan merangka dan mengawal tindakan yang dilakukan supaya tidak menanggung risiko yang terlalu tinggi dalam perniagaan. Usahawan yang mempunyai sikap proaktif juga merupakan seorang yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif agar mereka dapat menjadi idola atau inspirasi dalam hidup orang lain.
             Loh Boon Siew berasal dari Kampung Hui, sebuah kampung yang terletak dalam daerah Fukian yang merupakan wilayah yang paling miskin di China suatu masa dahulu. Loh Boon Siew pada suatu ketika dahulu hanyalah seorang rakyat China yang biasa yang lahir dalam taraf hidup keluarga yang sangat miskin.Taraf hidup keluarga Loh Boon Siew yang sedemikian telah menjadi faktor beliau tidak dapat mengikuti pembelajaran di sekolah.Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew telah menghembuskan nafas terakhir beliau pada tahun 1995.
            Beliau telah menyelami dunia pekerjaan dan telah melibatkan diri dengan pekerjaan sejak di usia kanak-kanak lagi. Sejak kecil lagi beliau memulakan pekerjaan dengan mengutip najis-najis haiwan untuk dijadikan baja pertanian. Dalam masa yang sama beliau juga memancing ikan untuk dijual dengan tujuan untuk mencari sumber pendapatan tambahan. Pada usia 12 tahun, Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew telah mengikuti ayahnya ke Pulau Pinang untuk mencari sumber pekerjaan yang baru. Beliau telah disuruh oleh ayahnya untuk bekerja sebagai seorang mekanik di sebuah kedai. Sebelah malam pula beliau mengambil upah dengan membasuh bas dan diberi upah 10 sen untuk setiap bas. Matlamat beliau bersama ayahnya pada ketika itu adalah untuk mencari pendapatan lebih untuk dihantar ke China bagi menampung keluarga di sana.
            Minat Tan Sri dalam bidang keusahawanan  telah bermula apabila beliau masih usia 18 tahun lagi dan beliau telah mengimpikan untuk memiliki sebuah perniagaan sendiri. Memulakan perniagaan, beliau telah membeli pelbagai peralatan mekanik dengan modal RM 10 dan 8 buah bas dengan harga RM 200. Peralatan mekanik tersebut adalah untuk kegunaan beliau sendiri manakala bas yang dibeli adalah untuk dijadikan sebagai bas penumpang.Hal ini demikian supaya dengan pendapatan daripada bas penumpang tersebut mampu menambahkan lagi sumber pendapatan beliau dan keluarganya. Bas-bas tersebut akan dibaiki oleh beliau sendiri sekiranya mengalami sebarang kerosakan bagi memunjukkan kebolehan yang dimilik oleh beliau. Dalam tempoh tujuh tahun, sektor perniagaan yang Tan Sri Loh Boon Siew telah ceburi menunjukkan perkembang dan beliau telah memiliki sebanyak 40 buah bas.    
            Ciri yang terdapat dalam  diri seseorang usahawan seperti Tan Sri Loh Boon Siew ialah proaktif. Proaktif adalah apabila seseorang itu melihat sesuatu perkara atau kejadian yang berlaku di hadapan mereka lalu mereka akan mengambil tindakan drastik tanpa menunggu sebarang arahan(Zafir Mohd Makhbul, 2007) Begitu juga bagi seseorang usahawan, mereka perlu sentiasa bertindak proaktif jika ingin berjaya dalam perniagaan yang diceburi bagi meluaskan lagi perniagaan mereka. Tindakan proaktif yang dimaksudkan itu ialah apabila ada sahaja sebarang peluang yang berkaitan dengan kemajuan atau berkaitan perniagaan yang hendak diceburi,maka mereka hendaklah merebut peluang tersebut sebelum terlepas kepada ahli usahawan yang lain.
            Bagi ciri proaktif ini boleh dilihat pada Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew yang merupakan seorang pengasas kenderaan berjenama Honda. Menurut sejarah, Tan Sri Dato’ Loh Siew adalah seorang yang buta huruf dan tidak boleh membaca. Namun begitu daya ingatan beliau adalah sangat baik dan beliau sering bergantung kepada ingatannya dalam membuat sebarang pertimbangan dan keputusan. Sikap beliau yang sentiasa berpandangan jauh kehadapan, berkebolehan menjangka dan sentiasa bersiap sedia inilah yang dikatakan telah membantu beliau mencipta nama sehingga sekarang memajukan perniagaan beliau.
            Bidang yang pernah beliau ceburi ialah menjadi seorang mekanik. Bermula daripada kehidupan sebagai seorang mekanik beliau memberanikan diri menceburi bidang perniagaan dengan bermodalkan hasil titik peluh dan usaha beliau sendiri.Pada mulanya beliau hanya menjalankan bisnes bas penumpang secara kecil-kecilan.Lama-kelamaan bisnes beliau bertambah maju dan berkembang meluas.Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan modal pusingan semula.Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai bateri serta barang ganti kenderaan.Selepas perang dunia kedua tamat, Datuk Loh meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapa jenis motosikal keluaran British.
            Dalam tahun 1958, beliau telah melawat Jepun untuk makan angin. Di Jepun beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke dalam negara.Setelah mengaji selidik pengeluarnya, beliau membuat perjanjian untuk memesan 12 unit.Motosikal ini kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung.Sambutan masyarakat di negara Malaysia terhadap motosikal jenama Honda ini pada mulanya kurang memberangsangkan.Walaupun begitu, reaksi seperti ini tidak pernah mematahkan semangat dan perjuangan Dato’ Loh.Hasilnya sekarang beliau telah menjadi pengasas kenderaan berjenama Honda terbesar di Malaysia.
            Perkongsiannya di sini sikap proaktif yang ada pada diri Dato’ Loh ini telah membantu beliau mencipta nama di persada antarabangsa lebih-lebih lagi sebagai tokoh usahawan terkemuka tanah air. Oleh yang demikian, para usahawan muda yang masih baru berjinak-jinak dalam pasaran bisnes perlulah mengikut jejak langkah beliau untuk memastikan kejayaan di masa akan datang dalam genggaman mereka. Oleh itu , beliau telah berjaya menjadi pengedar tunggal motosikal Honda di Malaysia dengan dilantik oleh Honda Motor Japan Limited kerana beliau berusaha untuk mempengaruhi pengeluar tersebut . Beliau merupakan orang yang berjaya menempatkan Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di Malaysia sejak 3 tahun lalu . Beliau telah berjaya menjadi Tan Sri sebagai usahawan yang berjaya disebabkan beliau mempunyai ciri proaktif , iaitu berpandangan jauh dan berorintasikan peluang yang wujud .
            Konklusinya, ciri proaktif yang terdapat kepada Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew boleh dijadikan sebagai panduan oleh usahawan lain dalam membentuk perjalanan kerjaya mereka sebagai seorang ahli usahawan yang berjaya suatu masa kelak. Tokoh-tokoh usahawan juga bukanlah menikmati kejayaan mereka pada hari ini dengan senang tetapi juga dimulakan dengan kesusahan kerana tidak ada benda yang datang dengan mudah tanpa usaha dan keberanian
Kami merupakan pelajar semester pertama sesi 2016/2017 di Universiti Utara Malaysia.Kami telah ditugaskan untuk melakukan tugasan kumpulan Asas Keusahawanan.Kami ditugaskan untuk menyenaraikan sembilan ciri usahawan yang berjaya dengan sembilan tokoh yang berlainan.Kami dianggotai oleh empat orang pelajar yang diketuai oleh Nor Syazana.Pelajar yang lain,Nur Azilah,Nur Azierah dan Nurliyana