1.0
PENGENALAN
Usahawan
boleh ditakrifkan sebagai individu yang mengendalikan sesebuah perniagaan dan
mengambil risiko perniagaan yang diceburinya. Di dalam bahasa Inggeris,
usahawan diterjemahkan sebagai “Entrepreneur”. Perkataan ini diterjemahkan dari
perkataan Perancis “Entreprend” yang bermaksud “To Undertake”. Manakala di
dalam bahasa Melayu, usahawan membawa maksud individu yang mengusahakan sesuatu
perniagaan.
Menurut
Richard Cantillon (1680-Mei 1734) seorang berbangsa Irish mendefinisikan
usahawan sebagai individu yang membeli faktor-faktor pengeluaran pada harga
tertentu dan membuat ciptaan baru, menjualnya pada masa hadapan dengan harga
yang tidak pasti. Akibat daripada ketidakpastian ini, usahawan akan menanggung
risiko, sama ada ia menanggung kerugian atau mendapat keuntungan.
Manakala
menurut David McClelland (1961) menyatakan bahawa usahawan sebagai berdaya
inovatif dan kehendak pencapaian tinggi (high need for achievement). Usahawan
berjaya cenderung kea rah mengambil risiko yang telah direncanakan dan mempunyai
kawalan dalaman yang tinggi.
Dapat dirumuskan di
sini usahawalan perlulah bersikap proaktif, inovatif, cenderung untuk mengambil
risiko dalam peluang pekerjaan. Usahawan juga perlu bersedia menghadapi risiko,
berkeyakinan pada diri sendiri dan mampu mencari dan merebut peluang-peluang
perniagaan.
2.0 TASK A : CIRI- CIRI USAHAWAN BERJAYA
2.1 RANGKAIAN (NETWORKED)
DATIN MINA (PENGASAS THE BODY SHOP)
Bagi
seseorang usahawan yang berjaya dalam perniagaannya, mereka mestilah mempunyai
strategi dan ilmu pengetahuan dalam menggunakan rangkaian untuk mengembangkan
perniagaan mereka. Oleh itu, usahawan perlu mempunyai rangkaian dalaman dan
luaran bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan berkesan untuk perniagaan yang
diusahakannya. Menurut Jack Ma, (2015) usahawan yang memperoleh maklumat
daripada rangkaian dalaman mahupun luaran akan dapat menghasilkan pelbagai idea
yang kreatif dan mampu untuk memasarkan produk dengan cara yang baru serta
menghasilkan produk yang lebih baik.
Biodata Datin Mina ialah beliau berasal dari
Ipoh, Perak. Pada usia 17 tahun beliau dihantar oleh ayahnya ke United Kingdom
untuk belajar di sebuah sekolah di Belfast, Ireland. Datin Mina telah
menyambungkan pelajaran dalam jurusan System Engineering di University of
Leeds, London. Datin Mina bercita-cita menyertai NASA selepas beliau tamat
belajar. Ketika beliau masih tinggal di England, setiap hujung minggu Datin
Mina akan pergi ke Convent Garden di London. Di situ terdapat sebuah kedai The
Body Shop. Datin Mina sering mengunjungi kedai itu bagi membeli barangan
sendiri dan untuk kawan-kawannya. Beliau bukan saja meminati pelbagai produk
yang ada di sana malah beliau juga sangat menyukai dan berminat segala aktiviti
kempen yang dianjurkan The Body Shop. Apabila pulang ke Malaysia, Datin Mina
masih terus memesan barangan keluaran The Body Shop daripada rakan-rakannya
yang berkunjung ke London. Kerana minatnya yang mendalam, beliau merancang dan
berusaha membawa produk tersebut ke Malaysia.
Datin Mina akhirnya berjaya mendapat hak
francais untuk mengedar dan menjual barangan The Body Shop melalui syarikatnya,
Rampai Niaga Sdn. Bhd. Kedai pertama yang dibuka oleh beliau adalah pada 8
Disember 1984 di Yow Chuan Plaza, Kuala Lumpur.Pada masa itu, Datin Mina belum
mempunyai pengalaman menjalankan perniagaannya. Perniagaan The Body Shop
diusahakan bersama rakan kongsinya, Mariam Tun Sulaiman yang merupakan isteri
kepada rakan suaminya. Puan Mariam pada waktu itu adalah usahawan Amway yang
berjaya. Di kedai mereka, Datin Mina menjalankan tugasnya dalam menguruskan
aktiviti dagangan manakala Puan Mariam menguruskan hal ehwal perhubungan awam.
Perniagaan mereka berkembang dengan pesatnya. Selepas telah lama menjadi rakan
kongsi iaitu selama 10 tahun, Puan Mariam telah menjual semua saham miliknya
dalam Rampai Niaga. Datuk Simon, suami Datin Mina mengambil alih saham-saham
Puan Mariam itu, manakala Puan Mariam menguruskan hal ehwal perhubungan awam.
Perniagaan mereka berkembang dengan pesat dan telah mendapat sambutan yang amat
menggalakkan daripada sokongan pelanggan dan pengunjung ke kedai mereka. Hal
ini dapat menjelaskan lagi bahawa Datin Mina merupakan usahawan yang bijak mencari
rangkaian demi memperluaskan dan menjayakan perniagaannya sendiri. Beliau sedar
bahawa rakannya Puan Mariam merupakan seorang usahawan yang telah mempunyai
pengalaman sedia ada dalam bidang tersebut dan pastinya Puan Mariam ini telah
mempunyai ramai kenalan dalam bidang perniagaan. Oleh yang demikian, jika Datin
Mina mempunyai hubungan kerjasama dengan Puan Mariam pasti perniagaan mereka
yang telah diceburi akan menjadi tumpuan dan akan terkenal di mata dunia.
The Body Shop yang terus meningkat tahun demi
tahun adalah perkara yang di luar jangkaan Datin Mina dan suaminya. Selepas 18
tahun berlalu, mereka berasa perniagaan itu terlalu besar dan tidak tahu ke
mana hala tuju hendak dibawa perniagaan itu seterusnya. AKhirnya Datin Mina dan
suami mengambil keputusan supaya menjual saham-saham mereka dengan nilai RM78
juta. Syarikat yang mengambil alih The Body Shop adalah Kejora Harta Berhad.
Walaupun sudah menjual saham-sahamnya, Datin Mina masih meneruskan kontrak dalam
mengurus kedai-kedai The Body Shop yang beliau kendalikan.Waktu itu baru beliau
terfikir supaya mengembangkan perniagaan The Body Shop ke rantau Asia Tenggara.
Namun syarikat itu bukan miliknya lagi. Kini beliau dan suami berusaha membeli
semula saham-saham syarikat itu di pasaran Bursa. Selepas lebih 20 tahun
terlibat dalam industri peruncitan, Datin Mina telah menyedari sebahagian besar
daripada para pelanggan tiada banyak masa untuk pergi membeli belah. Maka
beliau telah memperkenalkan konsep baru iaitu The Body Shop at Home,
produk-produk dijual melalui sistem parti seperti dilakukan syarikat
Tupperware.
Lain-lain strategi baru yang dilakukan oleh
Datin Mina adalah jualan secara on-line dan melalui katalog seperti dilakukan
pihak Avon. Dengan gabungan L’Oreal dan The Body Shop di United Kingdom, jenama
The Body Shop dijangka menjadi lebih terkenal,stabil dan kukuh. Di samping
menguruskan The Body Shop, Datin Mina turut membuka tiga buah kedai kasut
berjenama Vincci di Sydney, Australia. Tujuan asal beliau untuk membuka
perniagaan itu adalah supaya beliau dapat selalu berada di samping anak
lelakinya yang dijangka akan melanjutkan pelajaran di sana. Namun anak beliau
menyambung pelajaran di Melbourne bukan di Sydney. Perniagaan kedai kasut Vincci
yang telah datin buka itu juga mendapat sambutan baik daripada pihak pelanggan.
Di samping bergiat dalam perniagaan, Datin
Mina juga banyak menceburkan diri dalam aktiviti dan kempen amal. Sebagai
Presiden Malaysian Business Coalition on AIDS Society (MBCA) beliau telah
mengumpul dana bagi membantu mangsa-mangsa AIDS, di samping meningkatkan
kesedaran mayarakat tentang penyakit itu. Menerusi The Body Shop, beliau turut
berkempen dalam menangani isu keganasan wanita, khasnya terhadap kanak-kanak
dan isu penderaan yang semakin meningkat saban hari. Kempen-kempen itu
membuktikan bahawa The Body Shop amat menghargai pelanggannya yang 90 peratus
terdiri daripada golongan wanita.
Kesimpulannya, Datin Mina merupakan contoh
usahawan berjaya yang mempunyai ciri rangkaian dalam memperkembangkan produk
perniagaannya dengan pelbagai cara. Beliau sangat berfikiran .jauh dengan
menggunakan segala rangakaian bagi memperluaskan perniagaannya.
2.2 MENGAMBIL RISIKO TERBUKA (OPEN RISK TAKER)
TAN
SRI DR. JEFFREY CHEAH ( CEO KUMPULAN SUNWAY)
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007),
risiko bermaksud ,“kemungkinan mendapat bahaya atau kerugian seorang sahaja
yang menanggung perniagaan”. Selain itu, terdapat beberapa jenis risiko seperti
risiko yang mendatangkan kecederaan fizikal, risiko kerugian kewangan, dan
risiko kehilangan sesuatu yang berharga seperti kesihatan, status sosial serta
emosi. Di sini dapat digambarkan bahawa keberanian untuk mengambil risiko perlu
ada di dalam diri seseorang usahawan kerana jika usahawan tidak mempunyai sikap
ini, risiko tidak dapat ditangani dalam perniagaan yang dikendalikan.
Tan
Sri Dr.Jeffrey Cheah telah dilahirkan di Pusing, Perak. Beliau mempunyai 6
orang adik beradik. Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah adalah contoh usahawan yang
berani dalam menghadapi risiko. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif
Kumpulan Sunway. Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah dibesarkan di Pusing, Perak. Beliau
mendapat pendidikan di Footscray Institute of Technology, Australia. Selepas menghabiskan
pengajian beliau bekerja sebagai akauntan di kilang pemasangan motor.
Pada
tahun 1985, Malaysia telah dilanda kegawatan ekonomi dan turut menyebabkan
Sunway Holding Berhad mencatatkan kerugian yang tinggi. Ia turut hampir lenyap
segala dana pemegang sahamnya pada tahun 1987. Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah berani
mengambil langkah mengurangkan risiko iaitu dengan mempelbagaikan jenis
perniagaan. Antaranya ialah sektor pembangunan hartanah pembuatan, pelaburan
hartanah, hiburan dan perhotelan. Beliau juga telah berjaya mewujudkan Sunway
Construction Berhad sebagai Sunway City Berhad dan Sunway Building Technology
Berhad. Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah sangat bercita - cita untuk membangunkan
sebuah bandar yang dikenali sebagai Bandar Sunway. Namun ramai yang kurang
percaya terhadap kemampuannya. Dengan semangat dan azam yang tinggi dalam diri
beliau, maka beliau telah berjaya membangunkan Bandar Sunway di tapak bekas
lombong dengan pelbagai kemudahan seperti perhotelan, kompleks membeli-belah dan kawasan perumahan. Tan Sri Dr. Jeffrey
Cheah adalah merupakan salah satu contoh usahawan berjaya dan sikap beliau yang
suka belajar daripada kegagalan membawa kepada kejayaan beliau dalam bidang
yang diceburinya. Oleh itu, seseorang usahawan yang ingin berjaya hendaklah
sentiasa berani untuk berhadapan dengan risiko. Pada tahun 1974, Tam Sri Dr.
Jeffrey Cheah telah mengusahakan perniagaan perlombongan bijih timah melalui
syarikat Sungei Way dengan modalnya yang besar iaitu RM 100,000. Pada tahun
1977, telah berlakunya kemelesetan ekonomi yang telah melanda oleh Tan Sri Dr
Jeffrey namun syarikatnya masih lagi dapat bertahan. Kegawatan ekonomi negara
yang berlaku pada tahun 1985 telah memperlihatkan Sunway Holding Berhad
mencatatkan kerugian yang tinggi dan hampir melenyapkan dana pemegang sahamnya.
Walau bagaimanapun, Tan Sri Dr. Jeffrey
Cheah mula mengambil Langkah menyebarkan risiko dengan mempelbagaikan jenis
perniagaan yang melibatkan pelbagai sektor seperti sektor pelaburan hartanah,
pembangunan hartanah, pembuatan, perhotelan dan perniagaan berkaitan hiburan.
Beliau telah berjaya membangunkan Sunway Construction Berhad, Sunway City
Berhad dan Sunway Building Technology Berhad.Walaupun kemelesetan ekonomi telah
berlaku pada tahun 1977,1985, 1997 namun beliau masih lagi taat untuk terus
mempertahankan perniagaannya. Beliau juga telah mengurangkan gajinya walaupun
terpaksa mengubah cara hidupnya supaya tidak mengamalkan sikap yang membazir
dan terlampau bermewah-mewahan.Beliau juga dilihat sebagai seorang yang gemar
untuk mengambil risiko dalam membuat sesuatu pekerjaan dan taat untuk membayar
semul pinjaman kepada pihak bank pada masa yang telah ditetapkan .
Kesimpulannya, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah
merupakan usahawan yang mempunyai ciri yang sanggup mengambil apa jua risiko
dalam membangunkan perniagaannya. Justeru, ia patut dicontohi oleh usahawan
sekarang dalam memajukan perniagaan dalam apa jua bidang.
2.3 TAAT (OBSERVANT)
SAFIEY ILIAS
Taat
bermaksud patuh atau dengan erti kata lain tidak membantah sebarang arahan atau
peraturan. Sikap taat di dalam diri seorang usahawan perlu ada agar mereka
tidak melanggar etika atau peraturan perniagaan seperti menggunakan sistem
riba, membocorkan maklumat syarikat kepada pihak luar atau musuh. Seterusnya,
usahawan tersebut juga perlulah sangat jujur dengan pelanggan ataupun pembekal.
Misalnya, mereka memberitahu mengenai kelebihan dan kelemahan produk yang
dijual tanpa menyembunyikan apa-apa.
Contoh
usahawan yang taat ialah seorang pemuda yang baru berusia 24 tahun iaitu Safiey
Ilias.Beliau merupakan seorang usahawan kosmetik lelaki yang Berjaya.Safiey
Ilias berasal dari Felda Lakum,Lanchang,Pahang.Dilahirkan pada 19 Mei
1994.Beliau memulakan pelajaran di SK Lakum dan mendapat 5A dalam Ujian
Penialaian Sekolah Rendah (UPSR).Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di
Sekolah Menengah Sains Sultan Hj. Ahmad Shah (SEMSAS),dan kemudian berpindah ke
SMK Datuk Bahaman.Beliau telah memperoleh 8A bagi peperiksaan PMR beliau.
Beliau
mula melibatkan diri dalam bidang perniagaan ketika tinggal di asrama.Beliau
memulakan perniagaan tanpa modal dengan menjadi dropship produk kecantikan
seperti pil suntikan pemutihan dan jugak pil jerawat.Beliau agak terkejut pada
mulanya kerana tidak menyangka akan mendapat sambutan yang sangat
menggalakkan.Menurut beliau,hal ini mungkin disebabkan pada zaman itu kurang
persaingan produk kecantikan seperti masa kini. Beliau hanya menggunakan
facebook sebagai medium berniaga.Setiap hujung minggu,Safiey akan keluar outing
atau meminjam laptop gurunya untuk menjalankan proses mempromosi dan mengambil
tempahan.Setelah selesai mengambil tempahan,Safiey akan menghantar butiran
seperti nama,alamat,dan jenis produk yng dipesan pelanggan kepada supplier. Melihatkan
peluang perniagaan yang berkembang dan jumlah pelanggan bertambah,Safiey tekad
untuk memegang dan mengepos stok barang sendiri.
Usahanya
menampakkan hasil apabila beliau berusia 17 tahun,beliau telah memiliki wang
simpanan sebanyak RM200,000 hasil berniaga di secara online di asrama.Dan pada
usia 19 tahun,Safiey telah mendapat hasil untung bersih dari perniagaan nya
kira-kira 1 juta.Empat tahun berlalu,akhirnya kini Safiey Ilias mampu tersenyum
lebar apabila kini dia merupakan seorang jutawan muda pada usia 22 tahun.Beliau
juga telah mempunyai produk sendiri,bangunan pejabat sendiri dan mempunyai
stokis dan agen-agen yang sentiasa memberikan sokongan kepada beliau.Dan pada
usia yang sangat muda,Safiey memiliki beberapa buah rumah,dan beberapa koleksi
kenderaan mewah seperti Camry.Hilux,Mini Cooper,Audi dan Hummer H2.Dan apa yang
lebih menarik,Safiey membeli semua kenderaannya secara tunai.
Namun
dalam kerancakan beliau berniaga,beliau tidak lupa tanggungjawabnya kepada
masyarakat yang memerlukan.Hamoir setiap bulan,Safiey Ilias akan menghantar
barang-barang keperluan seperti beras,gula,roti,tepung dan wang kepada beberapa
buah rumah anak yatim yang terpilih.Safiey juga tidak melupakan
tanggungjawabnya kepada kedua orang tuanya.Safiey telah menghadiahkan sebuah
rumah mewah dan sebuah kenderaan baru buat kedua ibu bapanya sebagai tanda
terima kasih kerana telah membesarkannya.Beliau juga merancang untuk membawa 24
orang termasuk ahli keluarganya untuk menunaikan ibadah umrah dalam masa yang
terdekat.Beliau juga telah menyumbangkan idea dalam penulisan buku berunsurkan
keagamaan yang bertajuk Dealova.Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman
semasa melakukan kerja-kerja ini.Ini menunjukkan beliau sangat taat kepada
kedua ibu bapanya.Setelah beliau Berjaya,Safiey Ilias sentiasa merendah diri
dan beliau tidak pernah lupa untuk bersyukur atas nikmat yang Allah berikan
kepada beliau.Ini juga menunjukkan ketaatan beliau kepada sang pencipta dan
pemberi nikmat.
2.4 BERWAWASAN (VISIONARY)
DATUK DR ROZMEY CHE DIN (PENGASAS JUS MATE 5)
Wawasan bermaksud mempunyai pandangan yang jauh
terhadap sesuatu perkara seperti kemajuan atau perkembangan pada masa depan (Kamus
Dewan Edisi Keempat). Sebagai contoh,Datuk Dr Rozmey Che
Din.Sebelum menjadi usahawan,beliau adalah seorang pakar sakit puan dan
perbidanan di Malaysia.Beliau mempunyai ijazah perubatan dari USM pada tahun
1993,diikuti sarjana perubatan pada 1999 juga dari USM.Datuk Dr Che Rozmey
memulakan syarikat beliau sendiri Herba Prima Marketing di Bandar Darulaman
Jaya,Jitra,Kedah Darul Aman.Beliau dilihat sebagai seorang yang mempunyai
wawasan yang tinggi untuk syarikat yang beliau tubuhkan dengan menjual pelbagai
produk pengurusan badan.Beliau ialah pereka produk ‘Jus Mate 5’ yang pernah
menjadi fenomena di Malaysia pada suatu masa dahulu.Syarikat beliau menggajikan
300 staf dan 4 wartawan bertugas untuk promosi jenama.Beliau juga telah
melancarkan program reality ‘Akademi Langsing Jus Mate 5 Jutawan Dr. Rozmey.
Bertapak sebagai sebuah syarikat
pengeluar produk makanan kesihatan, Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) yang
diasaskan oleh Datuk Dr Che Rozmey Che Din bersama arwah isterinya, Noor Halawiyah
Abdullah Shukri di Bandar Darul Aman Jaya, Jitra, Kedah telah mencipta satu
fenomena baru kepada pengguna di negara ini.Beroperasi pada awal 2006, Datuk Dr
Che Rozmey yang juga seorang pakar perbidanan dan sakit puan menggunakan
kemahiran sebagai seorang doktor pakar untuk menformulasi produk kesihatan
sendiri iaitu Jus Mate 5.Bermula dengan sebuah pejabat yang dikongsi bersama
Jitra Medical Centre (JMC) yang ketika itu menjadi pemangkin kepada pendapatan
utamanya, HPM mengorak langkah dengan begitu pantas apabila berjaya membina
empayar perniagaan dalam tempoh dua tahun sahaja.
Kejayaan demi kejayaan tercipta apabila produk HPM
terutama Jus Mate 5 mula memberi ganjaran kepada pengguna. Konsep guna baru
jual yang dipratikkan oleh Dr Rozmey membuahkan hasil apabila ribuan testimoni
pengguna tampil untuk memberi pengakuan.Tsunami baru melanda perniagaan HPM
apabila medium media cetak yang digunakan oleh Dr Rozmey untuk mencanangkan
kejayaan testimoni mendapat maklum balas di luar jangkaan sehingga memaksanya
untuk meningkatkan perkhidmatannya termasuk memperkenalkan system belian
online.
Perjenamaan baru dR Rozmey selaras dengan
perkembangan HPM membawa kepada perkembangan cabang perniagaan baru seperti dR
Rozmey Skin Care, dR Rozmey Beauty Slimming Fitness Centre (RBSFC), dR Rozmey
Body Shop, dR Rozmey Fashion, dR Rozmey Sport Wear dan dR Movie
Production. Dengan sikap yang berwawasan tinggi inilah yang memacu Datuk
Dr. Che Rozmey untuk terus Berjaya terutamanya dalam pengeluaran produk makanan
kesihatan.Tidak semua usahawan mempunyai kemampuan untuk melihat ke hadapan
seperti beliau.Sikap positif ini senjata utama di dalam usaha beliau untuk
terus bergerak maju di dalam industri ini.
2.5 KEGAGALAN ADALAH SATU PILIHAN (FAILURE IS
AN OPTION)
DATO’
ALIFF SYUKRI BIN KAMARZAMAN (PENGASAS D’
HERBS HOLDINGS)
Kegagalan
adalah satu pilihan membawa definisi jika seorang ingin berjaya pada masa
hadapan dia hendaklah bijak dalam membuat pilihan. Walaubagaimanapun, seseorang
yang berjaya dia akan menghadapi beberapa kali cabaran dan kegagalan dalam
usahanya baru akan berhasil seterusnya. Jadi, sebagai seorang usahawan haruslah
berusaha bersungguh-sungguh dan sangup menghadapi kegagalan supaya dia akan
lebih kemahiran dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Dato` Aliff Syukri
bin Kamarzaman merupakan pengasas kepada D`Herbs Holdings(M) yang dahulunya
dikenali sebagai D`Herbs Healthy Marketing yang ditubuhkan pada September 2010.
Beliau merupakan usahawan berjaya yang menjadi jutawan pada usia muda. Beliau
menghasilkan produk kecantikan yang boleh digunakan oleh golongan kanak-kanak,
muda dan juga golongan veteran. Beliau
memasuki bidang perniagaan yang kebanyakannya dipelopori oleh kaum wanita.
Beliau mengambil langkah berani untuk mengeluarkan produk kecantikan wanita dan
mendalami dengan lebih teliti permasalahan yang dihadapi kaum wanita.
Beliau
mengakui bahawa dalam penghasilan produk ini terdapat banyak masalah
terutamanya dari segi modal. Namun, kekurangan modal tidak mematahkan
semangatnya untuk terus menjalankan perniagaan ini. Bahkan usahawan muda ini
menjadi ejen pemasarannya sendiri dan tidak malu untuk memasarkan produknya ke
serata tempat.
Menggunakan tagline “Terlajak
Laris”, produknya kini semakin mendapat sambutan di kalangan pengguna. Beliau
tidak takut akan kegagalan dan berani mengambil risiko dengan menghasilkan
produk yang berkualiti tetapi dijual dengan harga yang jauh lebih murah
berbanding produk lain kerana ingin produknya bukan sahaja mampu dimiliki oleh
golongan atasan tetapi juga setiap lapisan masyarakat.
Beliau
juga tidak malu untuk memasarkan produknya di pasar malam. Walaupun menyedari
banyak saingan daripada produk lain, namun jutawan muda ini tidak patah
semangat untuk terus mengeluarkan produknya sendiri dan kini beliau telah
berjaya mengeluarkan hampir 90 rangkaian produk dan menjadikan produknya antara
yang mendapat tempat di pasaran antarabangsa seperti Brunei dan Singapura.
2.6 BUDAYA
TERBUKA (OPEN CULTURE)
VIVY YUSOF (PEMILIK FASHIONVALET.COM)
Budaya
terbuka dapat ditakrifkan sebagai membuka minda diri seseorang dan budaya diri
seseorang itu( Ahmad Faizal Bin Mohamed Yusup, 2009). Bermula dengan minatnya
yang mendalam terhadap dunia fesyen, Vivy Yusof berjaya menempa nama sebagai
usahawan muda yang berjaya meraih gelaran jutawan pada usia 29 tahun dengan
menubuhkan FashionValet.com iaitu perniagaan secara e-dagang.
Budaya terbuka yang dimiliki oleh usahawan ini
dapat dilihat apabila menjalankan perniagaan secara atas talian dengan hanya
memasarkan 10 jenama pakaian pereka tempatan. Beliau menjalankan perniagaan ini
dengan mengambil pengalamannya membeli- belah sepanjang pengajiannya di UK
sebagai platform untuk beliau lebih memahami fesyen terutamanya bagi wanita
yang berhijab.
Beliau menganggap FashionValet adalah
destinasi dalam talian utama Asia Tenggara bagi jenama fesyen Asia yang menjual
pakaian, kasut dan aksesori yang bertujuan membawa aliran fesyen terkini ke
pintu pelanggan. Memahami dan menilai persekitaran sosial masyarakat,
FashionValet menawarkan pilihan meluas pakaian sedia ada dipakai, daripada
pakaian muslimah hingga pakaian dalam wanita dan pakaian mandi dan menawarkan
penghantaran pantas, serta menawarkan pengalaman pengguna terbaik dalam
kelasnya
2.7 BERORIENTASIKAN HASIL (OUTCOME ORIENTED)
TAN SRI NASIMUDDIN S.M
AMIN (PENGASAS NAZA)
Berorentasikan hasil bermaksud
minda tindakan yang berfokus kepada hasil dan impak (Saat Sulaiman, 2008).
Seseorang usahawan akan membuka perniagaan untuk mendapatkan keuntungan yang
lumayan. Malahan, seseorang usahawan itu akan berusaha untuk mendapatkan hasil
yang berterusan dengan cara memajukan lagi perniagaan mereka. Oleh itu,
usahawan akan memasarkan perniagaan mereka ke luar negara. Di samping itu,
usahawan akan berusaha menghasilkan barang baru.
Dalam pernigaan, seseorang usahawan
berorentasikan hasil analisi produktiviti pekerja berdasarkan bilangan tugas
yang beliau siapkan dalam tempoh yang ditetapkan dan kualiti produk atau
perkhidmatan yang diberikan olehnya. Pekerja adalah bebas untuk menggunakan
proses peribadi dalam usaha untuk mencapai sasaran yang ditetapkan di
organisasi. Matlamat utama individu yang berorentasikan hasil atau organisasi
adalah untuk memenuhi objektif dan menyedari pertumbuhan positif. Usahawan yang
berjaya sentiasa melihat ke hadapan. Mereka melihat untuk apa peluang yang
mungkin hadir dalam diri mereka pada masa hadapan dan bagaimana untuk menganbil
kesempatan dari peluang-peluang.
Selain
itu, usahawan tersebut sentiasa mencari jalan melakukan sesuatu dengan kos yang
lebih rendah atau dengan masa yang singkat daripada kebiasaannya. Serta
sentiasa mengambil berat tentang perkiraan kos dan keuntungan dari sesuatu
pembaharuan, pembaharuan atau sesuatu tindakan dan menggunakan
maklumat-maklumat perniagaan atau kaedah pengurusan untuk meningkatkan
kecekapan dari dan perniagaan.
Sebagai
contoh, seorang usahawan yang berjaya iaitu Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin yang
merupakan Pengarah Urusan Kumpulan Naza yang ditubuhkan pada 1979. Beliau
terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan seperti perniagaan permotoran, hotel,
perladangan, kejuruteraan, perkhidmatan pengangkutan, alat-alat mesin mesin,
pembuatan dan sebagainya. Nasimuddin yang lahir pada tahun 1955 ini sentiasa
berminat terhadap kereta dan industri automotif. Beliau belajar di Sekolah
Menengah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Sikap
usaha melihat dan merebut hasil yang telah Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin
lakukan dalam perniagaan kereta beliau dalam sebuah kedai di Taman Maluri, dan
menjual 10 hingga 15 unit kereta. Pada tahun 1979 beliau membuka cawangan di
Kampung Baru, Kuala Lumpur untuk menggiatkan perniagaan peruncitan beliau dan
menjual 40 hingga 60 buah kereta sebulan. Nasimuddin bermula dengan hanya 5
orang kakitangan dan kini jumlah mereka meningkat kepada kira-kira 4.000 orang.
Beliau memperoleh jutaan pertamanya setahun kemudian dengan memohon permit
import kerajaan untuk kereta dari Jepun. Melalui mengalaman ini, beliau berkemampuan
di dalam memperluaskan pasaran. Kompentensi ini memberikan faktor penting dalam
kejayaan dan daya tahan sesuatu perniagaan dan melanjutkan hayat perniagaan
yang berpanjangan.
2.8 BERORIENTASIKAN
PASUKAN (TEAM ORIENTED)
TAN SRI TONY FERNANDES (PEMILIK AIR
ASIA)
Berorentasikan
pasukan ditakrif sebagai pekerja atau individu yang bekerja dalam satu kumpulan
dan sering bekerjasama dan melaksanakan tugas dengan berganding bahu bagi
mencapai matlamat tertentu (Hairil Hazlan, 2010). Tan Sri Tony Fernandes
menggunakan ciri-ciri tersebut bagi mengembangkan dan memantapkan lagi
organisasi Syarikat AirAsia. Ciri-ciri ini juga mampu untuk menyerlahkan
potensi dan bakat serta dapat meningkatkan prestasi organisasi sekiranya
melakukan tugasan yang melibatkan kemahiran, pengalaman dan penilaian.
Tan
Sri Tony Fernandes dilahirkan pada 30 April 1964. Beliau merupakan usahawan
Malaysia dan juga pengasas Tune Air Sdn. Bhd yang merupakan sebuah syarikat
penerbangan yang memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk
Malaysia dengan slogannya ‘semua orang boleh terbang’. Beliau mula dikenali
apabila beliau memulihkan AirAsia daripada syarikat penerbangan yang mundur
kepada sebuah syarikat awam yang cemerlang. Tony Fernandes juga memainkan
peranan penting dalam melobi Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tun Dr.
Mahathir Mohammad.
Tan Sri Tony Fernandes menggelarkan
pekerja-pekerjanya Allstar kerana bagi AirAsia faktor utama yang menyumbang
kepada kemajuan dan kerjasama AirAsia adalah peranan yang dimainkan oleh
pekerja-pekerjanya. Hal ini demikian kerana, Syarikat AirAsia dahulu merupakan
syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom, sebuah konglemerat kerajaan Malaysia,
telah mengalami kesulitan disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi.
Namun selepas 9 tahun syarikat tersebut dijalankan telah menyebabkan AirAsia
sekarang mempunyai asset yang sangat bernilai RM 4 bilion dan mencatatkan
keuntungan sebanyak RM 549 juta. Hal ini kerana, kerajaan tersebut dilakukan
secara berorentasikan pasukan bagi memajukan syarikat AirAsia.
Bagi melahirkan pekerja yang
berorentasikan pasukan yang berkesan, AirAsia bukan sahaja memberi latihan yang
sewajarnya kepada para pekerjanya malah AirAsia mengambil inisiatif menubuhkan
Unit Budaya Korperat yang bertanggungjawab dalam menerapkan nilai dan amalan
syarikat kepada semua pekerja. Malahan, selepas peristiwa 11 September, ramai
pekerja yang berpengalaman dari syarikat penerbangan yang lain telah dipecat
bagi mengurangkan kos untuk meningkatkan keuntungan. Hal ini menyebabkan Tan
Sri Tony Fernandes telah mengambil kesempatan dengan melanyik mereka yang
berpengalaman sebagai pekerja AirAsia sekali gus dapat menjimat kos AirAsia
hanya selepas setahun.
2.9 PROAKTIF (PROAKTIF)
TAN SRI DATO’ LOH BOON
SIEW (PENGASAS HONDA)
Proaktif
bermaksud lebih dari sekadar mengambil inisiatif. Usahawan akan merangka dan
mengawal tindakan yang dilakukan supaya tidak menanggung risiko yang terlalu
tinggi dalam perniagaan. Usahawan yang mempunyai sikap proaktif juga merupakan
seorang yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif agar mereka dapat
menjadi idola atau inspirasi dalam hidup orang lain.
Loh Boon Siew berasal dari Kampung
Hui, sebuah kampung yang terletak dalam daerah Fukian yang merupakan wilayah
yang paling miskin di China suatu masa dahulu. Loh Boon Siew pada suatu ketika
dahulu hanyalah seorang rakyat China yang biasa yang lahir dalam taraf hidup
keluarga yang sangat miskin.Taraf hidup keluarga Loh Boon Siew yang sedemikian
telah menjadi faktor beliau tidak dapat mengikuti pembelajaran di sekolah.Tan
Sri Dato’ Loh Boon Siew telah menghembuskan nafas terakhir beliau pada tahun
1995.
Beliau telah menyelami dunia pekerjaan
dan telah melibatkan diri dengan pekerjaan sejak di usia kanak-kanak lagi.
Sejak kecil lagi beliau memulakan pekerjaan dengan mengutip najis-najis haiwan
untuk dijadikan baja pertanian. Dalam masa yang sama beliau juga memancing ikan
untuk dijual dengan tujuan untuk mencari sumber pendapatan tambahan. Pada usia
12 tahun, Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew telah mengikuti ayahnya ke Pulau Pinang
untuk mencari sumber pekerjaan yang baru. Beliau telah disuruh oleh ayahnya
untuk bekerja sebagai seorang mekanik di sebuah kedai. Sebelah malam pula
beliau mengambil upah dengan membasuh bas dan diberi upah 10 sen untuk setiap
bas. Matlamat beliau bersama ayahnya pada ketika itu adalah untuk mencari
pendapatan lebih untuk dihantar ke China bagi menampung keluarga di sana.
Minat Tan Sri dalam bidang
keusahawanan telah bermula apabila
beliau masih usia 18 tahun lagi dan beliau telah mengimpikan untuk memiliki
sebuah perniagaan sendiri. Memulakan perniagaan, beliau telah membeli pelbagai
peralatan mekanik dengan modal RM 10 dan 8 buah bas dengan harga RM 200.
Peralatan mekanik tersebut adalah untuk kegunaan beliau sendiri manakala bas
yang dibeli adalah untuk dijadikan sebagai bas penumpang.Hal ini demikian
supaya dengan pendapatan daripada bas penumpang tersebut mampu menambahkan lagi
sumber pendapatan beliau dan keluarganya. Bas-bas tersebut akan dibaiki oleh
beliau sendiri sekiranya mengalami sebarang kerosakan bagi memunjukkan
kebolehan yang dimilik oleh beliau. Dalam tempoh tujuh tahun, sektor perniagaan
yang Tan Sri Loh Boon Siew telah ceburi menunjukkan perkembang dan beliau telah
memiliki sebanyak 40 buah bas.
Ciri yang terdapat dalam diri seseorang usahawan seperti Tan Sri Loh
Boon Siew ialah proaktif. Proaktif adalah apabila seseorang itu melihat sesuatu
perkara atau kejadian yang berlaku di hadapan mereka lalu mereka akan mengambil
tindakan drastik tanpa menunggu sebarang arahan(Zafir Mohd Makhbul, 2007)
Begitu juga bagi seseorang usahawan, mereka perlu sentiasa bertindak proaktif
jika ingin berjaya dalam perniagaan yang diceburi bagi meluaskan lagi
perniagaan mereka. Tindakan proaktif yang dimaksudkan itu ialah apabila ada
sahaja sebarang peluang yang berkaitan dengan kemajuan atau berkaitan
perniagaan yang hendak diceburi,maka mereka hendaklah merebut peluang tersebut
sebelum terlepas kepada ahli usahawan yang lain.
Bagi ciri proaktif ini boleh dilihat pada Tan
Sri Dato’ Loh Boon Siew yang merupakan seorang pengasas kenderaan berjenama
Honda. Menurut sejarah, Tan Sri Dato’ Loh Siew adalah seorang yang buta huruf
dan tidak boleh membaca. Namun begitu daya ingatan beliau adalah sangat baik
dan beliau sering bergantung kepada ingatannya dalam membuat sebarang
pertimbangan dan keputusan. Sikap beliau yang sentiasa berpandangan jauh
kehadapan, berkebolehan menjangka dan sentiasa bersiap sedia inilah yang
dikatakan telah membantu beliau mencipta nama sehingga sekarang memajukan
perniagaan beliau.
Bidang yang pernah beliau ceburi ialah
menjadi seorang mekanik. Bermula daripada kehidupan sebagai seorang mekanik
beliau memberanikan diri menceburi bidang perniagaan dengan bermodalkan hasil
titik peluh dan usaha beliau sendiri.Pada mulanya beliau hanya menjalankan
bisnes bas penumpang secara kecil-kecilan.Lama-kelamaan bisnes beliau bertambah
maju dan berkembang meluas.Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya
dijadikan modal pusingan semula.Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40 buah bas
dan membuka kedai bateri serta barang ganti kenderaan.Selepas perang dunia
kedua tamat, Datuk Loh meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai kereta
terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapa jenis motosikal keluaran British.
Dalam tahun 1958, beliau telah melawat
Jepun untuk makan angin. Di Jepun beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang
belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik
jika dibawa ke dalam negara.Setelah mengaji selidik pengeluarnya, beliau
membuat perjanjian untuk memesan 12 unit.Motosikal ini kemudian dijual kepada
kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung.Sambutan masyarakat di negara
Malaysia terhadap motosikal jenama Honda ini pada mulanya kurang
memberangsangkan.Walaupun begitu, reaksi seperti ini tidak pernah mematahkan
semangat dan perjuangan Dato’ Loh.Hasilnya sekarang beliau telah menjadi
pengasas kenderaan berjenama Honda terbesar di Malaysia.
Perkongsiannya di sini sikap proaktif
yang ada pada diri Dato’ Loh ini telah membantu beliau mencipta nama di persada
antarabangsa lebih-lebih lagi sebagai tokoh usahawan terkemuka tanah air. Oleh
yang demikian, para usahawan muda yang masih baru berjinak-jinak dalam pasaran
bisnes perlulah mengikut jejak langkah beliau untuk memastikan kejayaan di masa
akan datang dalam genggaman mereka. Oleh itu , beliau telah berjaya menjadi
pengedar tunggal motosikal Honda di Malaysia dengan dilantik oleh Honda Motor
Japan Limited kerana beliau berusaha untuk mempengaruhi pengeluar tersebut .
Beliau merupakan orang yang berjaya menempatkan Honda sebagai kenderaan ketiga
terbesar dijual di Malaysia sejak 3 tahun lalu . Beliau telah berjaya menjadi
Tan Sri sebagai usahawan yang berjaya disebabkan beliau mempunyai ciri proaktif
, iaitu berpandangan jauh dan berorintasikan peluang yang wujud .
Konklusinya, ciri proaktif yang
terdapat kepada Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew boleh dijadikan sebagai panduan
oleh usahawan lain dalam membentuk perjalanan kerjaya mereka sebagai seorang
ahli usahawan yang berjaya suatu masa kelak. Tokoh-tokoh usahawan juga bukanlah
menikmati kejayaan mereka pada hari ini dengan senang tetapi juga dimulakan
dengan kesusahan kerana tidak ada benda yang datang dengan mudah tanpa usaha
dan keberanian
Casino at Red Rock - MapyRO
ReplyDeleteCasino at Red Rock - Use 군포 출장안마 this simple 익산 출장마사지 form to find hotels, motels, and other lodging near Casino 광주 출장안마 at Red Rock Casino in 남원 출장마사지 Las Vegas. 태백 출장샵